Resipi Kemanisan Kehidupan



Alahai . Tengok cupcakes chocolate bubuh pulak strawberry dekat atas dia dah cukup membuatkan air liur dahku meleleh-2 . Nyummy ! Dengan rasa manis , lazat dan berkrim lagi tu !  Ehekk . Macam tu juga lah kehidupan kita . Mesti seronok kalau kehidupan kita macam cupcakes ni kan  ? Kemanisan menambahkan lagi rasa asam garam dalam kehidupan kita . Walau sehebat dan setinggi mana pun taraf kehidupan kita , jika tiada kemanisannya pasti akan hambar . 


Kat bawah ni , akan Ara kongsikan resepi untuk korang :)


cake  Secamca Kemaafan
Walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan , pasti ada kebaikan yang dilakukannya . Jadi ambillah yang positif itu dan tinggalkanlah yang negatif supaya hati korang lembut untuk memaafkannya . 


cake  Secubit Senyuman
Tahukah korang dengan hanya senyuman boleh membuatkan kehidupan korang akan bertambah ceria ? Ada fakta yang mengatakan senyuman dapat membuatkan korang kelihatan muda daripada usia sebenar . 


cake  Setangkai Keyakinan Diri
Percaya ataupun tidak tanpa keyakinan diri , kehidupan korang sure akan jadi hambar punya . Mana tak nya , tanpa keyakinan diri korang pasti jarang ke tempat-tempat awam . Sesetengah orang tu kekurangan diri sendiri menjadi satu punca mereka kurang berkeyakinan . Ketahuilah tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . 


cake  Segenggam Tekad dan Azam
Dengan adanya azam , sure korang akan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi insan lebih teratur dan bermatlamat . Sesudah itu , campurkan tekad dalam apa jua korang lakukan , for sure azam tu akan tercapai !


cake  Hormat-Menghormati Secukup Rasa
Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila menghormati orang yang berada di sekeliling korang  .Baik yang muda ataupun yang tua . Sesudah itu , kisarkan bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya , kehidupan harmoni menanti .



ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

2 Komen Budak Bushuk..!!: