10 TIPS ELAKKAN DALAM BERCINTA






Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum , peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah . Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Di bawah ini terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan dalam BERCINTA .. 


Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang "kurang" itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!  




p/s : Ini adalah satu artikel yang Ara nak share kan kat korang . LIKE kalau suka :) muehehe . Kalau korang yang sedang BERCINTA tu , Ara harap artikel ni membantu korang sedikit sebanyak ye . hek :O   XOXOD~

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Kamikaze-Pergi Selamanya with lyrics.wmv



Hye kawan-II.. best kan lagu ny.... cuba korang dengar sampai habis....
syahdu jer....
sebelum tu.............. pause II la lagu Ara dulu.. hehe.. 
kunk pening pulak dengar dua-II lagu...





ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Apakah Hukum Mengucapkan Selamat Tahun Baru ?



Apakah Hukum Mengucapkan Selamat Tahun Baru ?



Soal:
Apa hukum ucapan selamat tahun baru yang dikerjakan oleh sebagian orang seperti seseorang mengatakan kepada lainnya: Sepanjang tahun semoga kalian dalam keadaan baik, dan semacamnya.
Jawab:
Ucapan selamat pada awal tahun baru tidak dikenal bagi salaf (generasi terdahulu dalam Islam), makanya lebih utama ditinggalkan, tetapi seandainya seseorang mengucapi selamat kepada orang lain dalam bentuk bahwa tahun yang telah lalu itu dihabiskan dalam ketaatan kepada Allah ‘Azza wa Jalla, lalu diucapi selamat karena panjang umurnya dalam ketaatan kepada Allah, maka ini tidak mengapa. Karena sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalnya. Tetapi ucapan selamat ini hanya khusus pada awal tahun Hijriyah. Adapaun awal tahun Miladiyah (Masehi) maka sesesungguhnya tidak boleh mengucapi selamat dengannya, karena ia bukan tahun syar’i, bahkan apabila orang-orang kafir diucapi selamat dengannya atas hari rayanya maka orang ini dalam keadaan bahaya besar kalau mengucapi selamat kepada mereka dengan hari-hari raya kekafiran. Karena ucapan selamat dengan hari-hari raya kekafiran itu berarti senang dengannya dan menambahi (kesenangan mereka), sedangkan senang dengan hari-hari raya kekafiran itu bisa-bisa mengeluarkan manusia dari lingkaran Islam, sebagaimana Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan hal itu dalam kitabnya Ahkamu Ahlidz Dzimmah.
Ringkas kata, ucapan selamat pada awal tahun Hijriyah, lebih baik ditinggalkan, tak diragukan lagi. Karena hal itu bukan dari (kebiasaan) masa salaf (dahulu). Kalau dikerjakan oleh seseorang maka tidak berdosa. Adapun ucapan selamat pada awal tahun baru Miladiyah (Masehi) maka tidak boleh. (الشيخ محمد بن صالح العثيمينSyekh Muhammad bin Shaleh al-‘Utsaimin, Liqoatul Babil Maftuh, juz 112 halaman 6).
***
Teks fatwa komplitnya:

حكم التهنئة برأس العام الجديد:

______________

السؤال: ما حكم التهنئة لبداية السنة, بما يفعله الناس كأن يقول أحدهم للآخر: كل عام وأنتم بخير ونحو ذلك؟

______________

الجواب: التهنئة برأس العام الجديد ليست معروفة عند السلف, ولهذا تركها أولى, لكن لو أن الإنسان هنأ الإنسان بناءً على أنه في العام الذي مضى أفناه في طاعة الله عز وجل فيهنئه لطول عمره في طاعة الله فهذا لا بأس به, لأن خير الناس من طال عمره وحسن عمله, لكن هذه التهنئة إنما تكون على رأس العام الهجري, أما رأس العام الميلادي فإنه لا يجوز التهنئة به؛ لأنه ليس عاماً شرعياً بل إن هنئ به الكفار على أعيادهم، فهذا يكون الإنسان فيه على خطر عظيم أن يهنئهم بأعياد الكفر, لأن التهنئة بأعياد الكفر رضا بها وزيادة, والرضا بالأعياد الكفرية ربما يخرج الإنسان من دائرة الإسلام, كما ذكر ذلك ابن القيم رحمه الله في كتابه أحكام أهل الذمة. وخلاصة القول: أن التهنئة برأس العام الهجري تركها أولى بلا شك؛ لأنها ليست من عهد السلف, وإن فعلها الإنسان فلا يؤثم, وأما التهنئة برأس العام الميلادي فلا.

لقاءات الباب المفتوح – (ج 112 / ص 6)


ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

BIDADARI DUNIA MENCARI BEKAL UNTUK AKHIRAT...

Apa yg dapat kita perhatikan dalam gambar ny????? 
baca entry Ara di bawah......
Isteri solehah~

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn 

polis forensik x bagi.. 

sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu 

kamu (isteri) 

mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang 

akan mandikan jenazah 

kamu.. 

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu 

kate x pe kalau isteri 

nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan 

si isteri mandikan 

jenazah suaminya.. 

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah 

suami yang ku sayang 

tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan 

satukan kite di akhirat 

nanti.."

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari 

rezeki yang halal untuk 

kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi 

pelukan kasih syg pd ku dan 

ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari 

rezki utk kami,

 berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima 

kasih abang...moga 

Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali 

gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan 

berkata "trima ksih

 abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan 

trima kasih krna 

meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg 

seorang istri redha akn

 pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."



# Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)



yuhuuuu...., Best sgt p bercuti kat cameron baru-II ny dgn  family...
macam-II knangan ada,...






 


NY ARA LAA...



Ny pulak family ara... tapi...... budak laki kecik tu, sepupu ara....





















Done... byak lagi gambar... yg ny jew laa ara letak k???
BTW,... happy sgt-II....... XOXOD..


ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Syahrini - Kau Yang Memilih Aku with lyrics



Best cgt lagu nyh.... Ara terharu jer dgar.... 







ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

~Sesungguhnya aku sangat mencintaimu~





Assalammua'laikum... Pernahkah dalam hidup kita, semakin kita kenali seseorang itu semakin kita cintainya?
Pernahkah kita merindui seseorang yang kita tidak pernah bersua dengannya?
Pernahkah pada bibir kita, sehari semalam mengucapkan selawat padanya padahal kita tidak berdepan dengannya?
itulah dia...Muhammad saw...junjungan besar kita..
baginda yang telah meninggalkan kita hampir 1422 tahun...
kita tidak pernah melihat baginda, apatah lagi mendampingi baginda.
namun, kita mampu untuk merindui, mencintai dan mengasihi baginda...
itulah kelebihan baginda..umatnya sehingga ke akhir zaman.
antara kalam terakhir baginda adalah kita...."umati...umati..umati..."

betapa baginda turut merindui kita sebelum kita ada:


Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui saudaranya. Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) saudaramu? 'Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku' Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..'saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka..”

ayuh!!!tingkatkan kecintaan kita pada baginda...dekati majlis ilmu yang dalamnya ada kalam-kalam Allah, hadis-hadis baginda saw dan sirah junjungan besar kita ini...



Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

#p/s : take a note

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Cerpen: Mencari Adam dalam Yusoff


Cerpen kat bawah saje Ara nk kongsi cerita denagn kawan-II sume... Cerpen ny pon Ara dapat daripada AKUBERSAMACAHYA punye blog... dapat laa kogsi same-II....


Langkah di atur kemas namun perlahan menuruni anak tangga Masjid. Dilabuhkan duduknya ke anak tangga. Stokin di dalam kasut dicapai untuk dipakai, namun pandangannya entah hanyut ke mana. Suara tangisan itu sekali lagi mengganggu fikirannya. Bukan sekali, namun hari ini sudah masuk kali ke empat suara tangisan itu singgah ke telinganya sejak semalam. Siapa? Manusia atau….? Ah! Ini masjid la Yusoff! Astagfirullah… Mungkin bisikan syaitan yang menghembus di telingaku tika aku cuba khusyuk menunaikan solat. Bisik hati kecil Yusoff, bagi menenangkan gundah di hati.

 Sejak Yusoff menunaikan solat zuhur semalam, esakan kecil itu menjengah ke cuping telinga. Perlahan sahaja, tapi penuh hiba. Pada awalnya, Yusoff cuma membiarkan. Mungkin ada hamba Allah yang sedang mencari ketenangan dengan menangis di depanNya, ujar hati Yusoff. Namun, apabila Yusoff ke Masjid untuk solat asar, sekali lagi dia mendengar, dan sehingga hari ini dia mendengar esak tangis itu. Lama, bukan seminit dua. Hatinya tertarik-tarik untuk menjengah ke ruang solat wanita, tapi apa pula kata orang yang melihat? Hati Yusoff benar-benar tertarik mahu tahu, siapa pemilik tangisan itu? Kenapa berat sungguh dengarnya tangisan dia? Yusoff menepuk perlahan seluarnya, membuang habuk yang ada. Beg digalas ke bahu, jam di tangan dibelek. Ada lagi 15 minit sebelum pukul 2, kelas Dr Rozaimah batal pula hari ini, mahu ke mana? Pulang ke bilik atau ke perpustakaan yang betul-betul di sebelah masjid? Sebagai pelajar tahun akhir, Yusoff lebih banyak menghabiskan masanya di perpustakaan bagi mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan penulisan projek akhir.

 Belum sempat memulakan langkah, kelibat gadis berbaju biru itu mencuri pandangannya. Pantas dia kalih memandang, dalam masa yang sama, si gadis turut memandangnya melemparkan satu senyuman kecil. Senyuman sapaan, tiada maksud lain. Mata Yusoff tetap memandang langkah si gadis yang kian hilang di balik tiang-tiang di kaki lima. Hati Yusoff bagai menyatakan sesuatu namun masih kabur, masih tidak pasti. Ah! Mainan hati sahaja! +++++++++++++ “Assalamualaikum.” Pintu bilik terkuak dari luar. Muazzam menggeleng melihat Yusoff yang sedang termenung di meja belajarnya. Salamnya tidak dijawab, seperti ada sesuatu yang mustahak yang sedang difikirkan oleh Yusoff. Beg yang digalas diletakkan di atas katil, Yusoff di dekatinya. Bahu Yusoff ditepuk perlahan. Nyata, Yusoff sememangnya tidak sedar, tersentak dek tepukan Muazzam. “Eh abang Azam, bila balik? Tak dengar pun bagi salam?” Muazzam hanya ketawa kecil dan menggeleng kepala dengan tingkah Yusoff. “Siapa insan bertuah yang berjaya menakluk hati Ustaz Yusoff kita nih?” Muazzam berseloroh, dia melabuhkan duduk di birai katil Yusoff. Yusoff hanya tersenyum dengan kata-kata Muazzam. Yusoff membetulkan duduknya. “Tiada siapa, masih dalam pencarian. insyaAllah suatu hari nanti.” Muazzam hanya mencebik dan mengangguk, bukan dia tidak kenal sikap Yusoff. Bukan memilih, namun berhati-hati. Isteri bagi Yusoff adalah seorang bidadari. Biar tak cantik luaran namun indah dalamnya, pesonanya dia kerana imannya. “Sudah tu, kenapa yang termenung aje? Nak tembus dinding tu rasanya, sampai abang bagi salam kau tak dengar. Kenapa nih? Apa yang difikirkan tu?” Yusoff mengeluh perlahan. Ya, dia memang memikirkan sesuatu. Memikirkan pemilik tangisan itu. “Ishh Ustaz Yusoff ni, mengeluh kenapa?” Muazzam makin pelik dengan sikap Yusoff. Jarang sekali, atau ayat yang lebih tepat, Yusoff tidak pernah mengeluh sebelum ini. “Erm… ada sesuatu yang buat Yusoff pelik dan terfikir-fikir sampai sekarang.” Muazzam memperkemaskan duduknya mahu mendengar dengan teliti cerita Yusoff. “Dah dua hari Yusoff dengar suara esakan orang menangis dalam Masjid. Tiap kali Yusoff solat zuhur dan asar. Masa pertama kali dengar, Yusoff biarkan, tapi ini dah kali ke empat Yusoff dengar. Siapa? Manusia ke apa ke….” “La… ye ke… dalam Masjid, nak kata iblis tu pelik la pulak... erm…” Mereka berdua terangguk-angguk, dalam fikiran masing-masing memikirkan perkara tersebut. “Dah tanya dengan Ustaz?” “Belum, ingat isnin nanti, Yusoff ada satu kelas aje isnin, lepas kelas Yusoff nak ke MSI jumpa Ustaz.” Muazzam mengangguk lagi. “Ha… itu yang terbaik, lagi cepat lagi bagus. Macam misteri aje cerita Yusoff nih. Sekarang jangan termenung dah, tunggu isnin nanti, insyaAllah dapat jawapan.” Yusoff tersenyum, mungkin, mungkin akan terjawab segala persoalan yang ada di dalam kepala dia sekarang ini. “Memang tak sabar nak tunggu isnin, dah serabut kepala Soff fikir bang.” Muazzam menggeleng. “Yang dipikirkan sangat kenapa?” Yusoff tersengih. “Misteri kan… mesti la fikir. Yusoff rasa macam ada sesuatu. Yelah setiap kali Yusoff solat mesti dengar, ada tanya dekat orang dekat-dekat tempat Soff solat tu, diorang kata takde pun dengar. Siap kata Soff buat diorang seram.” Yusoff ketawa kecil begitu juga Muazzam. “Yelah, tetiba pergi tanya macam tu, abang dengar tadi pun dah seram.” “That’s why la Yusoff tak sabar ni. Nak sangat tahu apa or siapa. Nak pergi esok tapi mungkin Ustaz takde. Lagipun Yusoff nak ke Masjid lagi esok, nak siasat dulu, kalau tak dengar dah, confirm manusia, sebab week days memang ramai orang solat kat Masjid kan.” Muazzam mengangguk bersetuju dengan kata-kata Yusoff. “Kalau macam tu, abang ikut Yusoff esok ye, abang pun nak jadi Conan jugak.” Yusoff berkerut mendengar kata-kata Muazzam. “Conan bang?” “Yelah, nak selesaikan misteri.” Terkekek Muazzam dapat kenakan Yusoff. Yusoff hanya ketawa kecil, malu bila diperli oleh Muazzam, abang yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Dalam tempoh empat tahun pengajian dia di UTM, selama itu juga Muazzam menjadi teman biliknya. 

Serasi, dengan sikap Muazzam yang ceria dan sentiasa menjadi penasihatnya. Muazzam keluaran daripada UTM KL, dengan diploma yang ada dia menyambung pula pengajian di peringkat Ijazah. Manakala Yusoff keluaran ‘fresh’ daripada Matrikulasi. Muazzam mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, manakala Yusoff mengambil jurusan pendidikan. Biarpun berlainan jurusan, itu bukan masalah buat mereka berdua untuk kekal serasi bersama. XOXOD

 p/s: akan disambungkan kemudian, apa komen korang? ^^v 
ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

How To Apply Eyeliner - Pencil Liquid Gel Liner




Assalamualaikum suma... kat sini Ara ada nk tunjuk cara-II pakai eyeliner yang betul n cantik... Ara pon slalu gak pakai eyeliner gini.. Saja nk share ngn you all ... hehhe

Semoga berjaya ya.... BLINK-II EYE...... 





Sama x??? kih-III...... slamat mencuba ya....... 


ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

SUAMI HANYA TAHU ISTERINYA LELAKI SELEPAS 19 TAHUN PERKAHWINAN

Seorang lelaki Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Jan tekejut besar setelah mengetahui isteri beliau selama 19 tahun sebenarnya seorang lelaki. Jan berkahwin dengan Monica pada tahun 1993 selepas bertemu diIndonesia. Sepanjang perkahwinan Jan tidak mengesyaki apa-apa yang aneh dengan Monica kerana beliau mempunyai kitaran haid seperti wanita biasa. Selain daripada itu Jan juga mempunyai hubungan seks yang biasa dengan isteri beliau. Pasangan ini juga memang tidak mahukan cahaya mata kerana Jan sudahpun mempunyai dua orang anak dari dua perkahwinan sebelumnya Masalah mula timbul apabila Monica mula bekerja sepenuh masa. Anak lelaki Jan menemui ibu tiri beliau di kelab malam berpakaian menjolok mata. Jan pula mula menemui "surat cinta" dari lelaki lain di dalam komputer milik Monica. Pada waktu yang sama anak lelaki Jan mula mendengar khabar angin Monica dahulunya seorang lelaki yang menjalani pembedahan pertukaran jantina. Jan yang hilang sabar terus bertanya dengan Monica bagi mendapatkan kebenaran. Beliau terkejut apabila Monica mengesahkan khabar angin yang didengari anak lelaki Jan. Selama ini Monica berjaya membohongi Jan dengan meletakkan darah tiruan pada tuala wanita untuk memberikan ilusi beliau seorang wanita tulen. Pasangan suami isteri ini sedang dalam proses bercerai dan Jan mahu menghalau Monica dari rumah milik mereka atas alasan penipuan yang melampau.Poor guy....... Laporan asal The Telegraph
ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Izinkan saya berzina ngan anak pakcik?

jom kite baca cerita


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?


Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.


Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.


Teruna : segan cik. Hehe


Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?


Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?


Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe


Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti


Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit


Bapa G : boleh takda masalah


Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?


Bapa G : kalau boleh 20 ribu


Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni


Teruna : Berapa tu cik?


Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki


Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?



Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?


Bapa G : itu kenalah Tanya maknya


Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)


Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak


Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa


Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?


Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.


Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.


Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu G : abahnya!


Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?


Ibu G : boleh sikit-sikit kot


Teruna : kali terakhir bila?

Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm.


Ibu G : kenapa?


Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?


Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.


Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.


Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.


Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?


Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.


Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.


Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.


Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.


Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan
 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.


Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.


Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula


Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan


Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.


Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.


Bapa G : serius lah sikit.


Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 


Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.


Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.


Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.


Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
:: copy paste only.. ::
baca dan fahamkn mknanya k.. =)
Top of Form


ARANAFCY : THANKS FOR READING :)