Siapakah MAT REMPIT





ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. Hye, Ara Nak updates n kongsi cerita utk semua..

PEMBETULAN !!!!
saya bukan MAT REMPIT, tapi kenderaan yang saya ada adalah MOTOR, kenapa panggil saya sebagai MAT REMPIT? Hina sangat ke MAT REMPIT? Saya ada satu CERITA benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya ontheway balik ke kampong halaman di waktu hujan saya terserempak dengan seorang pakcik dan makcik, tersandai di tepi jalan dalam keadaan basah lencun, tiba2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pakcik tu dan bertanya kenapa pakcik? Pakcik tu menjawab dalam keadaan kesejukan, pakcik cakap dekat saya (nak tayar motor pakcik bocor,pakcik nak pergi changloon UUM tgk anak pakcik takdak apa yang pakcik buleh buat hanya
sekadar berdoa pakcik takdak handfone ) bila saya mendengar kata2 pakcik tadi saya betul2 tersentuh dengan pergorban seorang ayah
kepada anak nya, Ketika itu saya tiada apa yang buleh saya tolong,tiba2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan bagi salam.
Tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT2 tu tayar
motor pakcik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan
SALAM dengan pakcik tu, lalu MEMBERI bantuan kepada pakcik tu sewaktu hujan makin lebat, dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka
bersungguh2 membuka tayar MOTOR pakcik tu, kereta lalu hanya sekadar tekan HON, bas lalu sekadar bagi lampu, bila semua da setle saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tu, dengan slamber mereka bercakap tak payah bagi duit kami TOLONG ikHLAS saya terkejut dengan kata2 daripada mereka, mulia sungguh hati MEREKA memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharap balasan,
SOALANNYA SIAPAKAH MATREMPIT? HiNA KAH MEREKA? Selepas berberapa minit mereka
berjabat tangan salam dengan saya dan pak cik tadi, pakcik tu tadah tangan berdoa syukur kepada yang maha esa kerana memberi seribu satu kenangan bersama MATREMPIT yang berhati MULIA,memberi bantuan di waktu susah, Apa perasaan anda jika pakcik tadi ayah dan ibu anda? Saya bercerita dari pergalaman, Sejujurnya saya tabik hormat kepada MAT REMPIT di luar sana yang berjiwa simpati seperti mereka,
Sekian dari saya..

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Segalanya Sudah Terlambat







Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

12 tip mencari sahabat sejati


Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

 1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

 3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 

 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 

 5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 

 6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

 7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."

Ada juga yang berpesan: "Sesiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka melebihkan kawan daripada diri sendiri, maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur!".

Begitu sekali pesanan dalam memilih kawan. Marilah bersama-sama kita periksa diri masing-masing sama ada layak menjadi sahabat sejati atau hanya layak menjadi kawan kepada ahli kubur.

Siapakah sahabat paling rapat yang pernah kita miliki?

Bagi seorang anak, sahabat yang paling rapat ialah ibu dan bapanya, manakala bagi ibu atau bapa, anak adalah sahabat yang paling akrab dengan mereka.
Bagi seorang isteri, suami adalah sahabatnya dan begitu juga bagi suami, isteri adalah yang sepatutnya menjadi sahabat karib mereka.

Cuma persoalannya di sini, selepas kita mengetahui akan ciri-ciri seorang sahabat dan siapakah sahabat akrab yang kita ada, apakah sudah terlaksana persahabatan itu?

Sudahkah kita menjadi sahabat kepada anak dan kedua ibu bapa kita atau kepada pasangan kita?

Seorang remaja memilih remaja lain sebagai sahabatnya dan seorang bapa pula memilih bapa lain sebagai sahabatnya.
Sebenarnya, bukan kita tidak boleh memilih orang lain untuk menjadi sahabat, tetapi perlulah bijak memilihnya. Jangan tersalah pilih, nanti seperti Tarzan jadinya!

Jika kita adalah remaja, lihatlah dulu dengan siapa kita bersahabat. Sahabat yang baik umpama penjual kasturi yang mana wanginya akan tetap terpercik kepada kita, namun sahabat yang jahat akan memalit kejahatan itu kepada kita. Jadilah insan yang bijak dalam memilih orang yang boleh dijadikan sahabat.

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Trip To Pangkor Wif Love



Hye, kat  sini  Ara  Nak   updates  pic-II  yang  g  pangkor  wif  my  Yuyunk ngn Kawan-II..





   





                                                                             















































ARANAFCY : THANKS FOR READING :)