~Sesungguhnya aku sangat mencintaimu~





Assalammua'laikum... Pernahkah dalam hidup kita, semakin kita kenali seseorang itu semakin kita cintainya?
Pernahkah kita merindui seseorang yang kita tidak pernah bersua dengannya?
Pernahkah pada bibir kita, sehari semalam mengucapkan selawat padanya padahal kita tidak berdepan dengannya?
itulah dia...Muhammad saw...junjungan besar kita..
baginda yang telah meninggalkan kita hampir 1422 tahun...
kita tidak pernah melihat baginda, apatah lagi mendampingi baginda.
namun, kita mampu untuk merindui, mencintai dan mengasihi baginda...
itulah kelebihan baginda..umatnya sehingga ke akhir zaman.
antara kalam terakhir baginda adalah kita...."umati...umati..umati..."

betapa baginda turut merindui kita sebelum kita ada:


Pernah suatu ketika sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang airmata baginda Rasulullah saw. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Lalu Saidina Abu Bakar ra menghampiri baginda yang bertanya, apakah yang menyebabkan baginda menitiskan airmata.? Lalu baginda menjawab bahawa baginda terlalu merindui saudaranya. Saidina Abu Bakar bertanya, 'Bukankah kami ini (para sahabat) saudaramu? 'Baginda Rasulullah saw menjawab 'Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku' Lalu baginda Rasulullah saw menyambung lagi..'saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka..”

ayuh!!!tingkatkan kecintaan kita pada baginda...dekati majlis ilmu yang dalamnya ada kalam-kalam Allah, hadis-hadis baginda saw dan sirah junjungan besar kita ini...



Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

#p/s : take a note

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

0 Komen Budak Bushuk..!!:

Post a Comment