Di Mana Syurgamu Wahai Lelaki..??

Di Mana Syurgamu Wahai Lelaki?



Perkahwinan merupakan suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah makhluk ciptaan-Nya. Perkahwinan merupakan satu jalan mencapai keredhaan Allah dalam menuju syurga-Nya. Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk berkahwin seperti firman-Nya:
“Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui” (Surah An-Nur 24:32)

Kekayaan yang dianugerahi Allah ini bukan semata-mata dalam konteks wang ringgit dan harta, tetapi kekayaan diri yang merasakan diri cukup dengan nikmat-nikmat Allah yang seterusnya mendekatkan kita dengan syurga-Nya. Tanyalah pasangan yang telah berkahwin, pasti mereka berasa nikmat Allah itu meliputi mereka kerana isteri itu tidak lain tidak bukan adalah anugerah Allah.
Dan kekayaan melalui nikmat itulah yang Allah rakamkan dalam Firman-Nya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ” (QS. 30:21)
Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia
“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”
Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.

Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?
Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:
“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)
Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.
Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)
Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:
“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.
Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.
Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.



ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan,
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2





  for u 

mengertilah hati ini wahai sayangku

jangan dilukai walau sedikit pun

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Wahai Lelaki..



WAHAI LELAKI ! 
Andai WANITA itu JAGA AURATnya, maka KAU jagalah PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu JAGA MARUAHnya, maka KAU jagalah NAFSU mu, Andai WANITA itu JAGA HATInya, maka KAU jagalah AKAL mu, Andai WANITA itu JAGA AGAMAnya, maka KAU jagalah PRINSIP mu, Dengan itu PERIBADI mu dan dia TERJAGA.. Dengan ALLAH meredhainya..WAHAI LELAKI ! Andai WANITA itu TERDEDAH dan MENDEDAH AURATnya, maka kau AWASI PANDANGAN MATA mu, Andai WANITA itu MERENDAHKAN MARUAH dirinya, maka BERWASPADA MENGAWAL NAFSU mu, Andai WANITA itu MENJAJA-JAJA HATInya, maka kau GUNAKAN KEWARASAN AKAL FIKIRANmu sebaiknya, Andai WANITA itu MENJUAL AGAMAnya  Lantas kerana itu dia MELAKUKAN KEMUNGKARAN, maka kau BIMBINGLAH, DAKWAHLAH, TARBIYAHLAH dia dengan BERHEMAH SEMAMPUMU. Semoga ALLAH meredhai & memberkati USAHAMU

"andai aku memberimu sebutir bintang jangan kau balas dengan memberiku bintang juga tapi sebarkanlah bintangmu seluas alam semesta semoga menjadi petunjuk didalam gelap gelita."

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

TERINGAT KU TERINGAT

Assalamualaikum.. hye semua.. Ara just nak gtaw ja...
Aduhai.. tringat seseorang la bila dengaq lagu nih.. huummm

FANTASIA MUSIM CINTA - IWAN

Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu
Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi…
( korus )
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini…
Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti
Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu
Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Hadis Nabi Mengenai Kaum Wanita:

Assalamualaikum semua.. hye di sini Ara nak kongsi la sikit apa yang Ara taw..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

ARANAFCY : THANKS FOR READING :)

Belajar Cakap Kelantan @ Belaja Kecek Klate

Assalamualaikum... selamat pagi murid-murid...sebagai rakyat jati Kelantan,cikgu (cikgu lah sangat..haha) sungguh berasa bangga dengan bahasa atau loghat kelantan yang dituturkan setiap hari..cewah.haha.




Oleh itu,pada pagi yang mulia ini cikgu akan berkongsi dengan anda sekelian tentang perkataan yang digunakan dalam bahasa kelantan. Tambahan pula mood cikgu dalam keadaan baik atas kekalahan jerman menentang spain semalam.haha..tahniah sekali lagi encik sotong. cikgu harap, di akhir pembelajaran ini,para pelajar akan mempraktikan bersama rakan taulan serta keluarga.. ingat, sila klik nuffnang d headbar kat atas tu setiap kali kamu masuk blog cikgu ni yer..hehe. Insyallah, cikgu akan menambah frasa frasa ini dari masa ke semasa. selalu la singgah yer. okey, mulakan dengan Bismillahirohmanirahim...

agah / hagah - sombong
api stok(api stop)- traffic light
asore bodi - insuran kereta / motor
awe - panggilan manja kepada orang lelaki
awe sejambo lebak = satu watak dalam drama "Main Puteri"
basah jjerok - basah kuyup / lecun
bbageh - kaedah pengubatan tradisi / jampi
baloh - berkelahi
bbini - berkawin
bojeng - guting rambut
borak - merebak
bedua (sebutan bunyi dihidung) -rasa ingin marah / benci
bekwoh - kenduri (mungkin berasal dari perkataan Inggeris - big work)
belabik - (siapa tahu tolong jelaskan)
belengah - melekit
betak - kenyang
betap wak - lembap
biru kketu - biru yang amat sangat
blebe - berleter
bocah / boceh - buncit
bojeng - fesyen rambut (contoh: bojeng 1-2 = rambut hampir botak)
bok - buku (asal perkataan Iggeris - book)
bokali - barangkali
bokbong - cempelai (spesis musang)
brona - rosak / budak yang menangis tak berhenti
buah spelek - sesuatu (teknik) yg istimewa
buah topoh - buah epal (diambil dr perkataan arab "tuffah" = epal)
buah zabik - kismis
buat nyayo - menyiksa
buje / oghe buje - bujang/janda
busuk banga - terlalu busuk
busuk kohong - terlalu busuk
butak - perut buncit
ca - air yang bertakung di bawah atau tepi rumah
cah keting - bentes
cok - cangkul
ccawat kote - bersedia
ccerok - perut berbunyi bila lapar
cceruk - potong rumput untuk haiwan
cebok - cedok (selalunya untuk cecair, mencedok)
cema clote / cpolok - terlalu kotor
cepelak - lancang
cerah craca - terang benderang
cerah perut - cirit birit
cliko - curi tulang / pemalas
cokek makbolok - cucuk pinggang kawan dengan jari telunjuk dgn tujuan bergurau
comel llote - amat cantik
cuwoh - curah
dale so - pusat hiburan di Kota Bharu zaman dulu (asal perkataan Inggeris - show)
ddasing - menari (asal perkataan Inggeris - dancing)
dderak / bederak - suka merayau / berjalan
de (sebutan English - dare) - sempat / dapat
debek - teruk (asal perkataan Inggeris - "the bad")
deh? - memohon restu atau persetujuan, lebih kurang "ok?",
dekpong gak eh - kalau ya pun
dermo basikal - asal perkataan Inggeris -"dynamo"
dok cckoh - duduk bercangkung
dok kene (sebutan English - doc care nay) - ya bukan / "isn't it"
dok ko? - ya tak?
dok? - lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
duga / luga - tak sedap perut /loya (sebutan ikut daerah)
gaduh - nak cepat
gak - lebih kurang "habis tu"
gdebe - berani / samsing
gege - bising / riuh rendah biasanya ada bunyi ketawa (asal perkataan Inggeris - giggle) - contohnya: jange ggege gak! = don't giggle! Please
gelebek - biasanya terjadi pada mata pisau/parang bila kerat benda keras (tumpul gelebek - sangat tumpul).
gelembong boya - kueh daripada beras pulut (species dodol)
gelenyar / gletah - merenyam, getik
gelega - lantai
gemuk ddebok - terlalu gemok
genyeh - tenyeh
geretak - jambatan
getah sokmo - kueh daripada ubi keledek
getek - juga
ggapo - apa
ggatih teksi - kayuh beca
ggocoh - bertumbuk
ggoghi - bagi memulakan sesuatu
ghak - semak
ghohok = sukar, susah, payah
goba = risau
gong - tolol
gonyoh - gosok dgn kuat
griak - kahak
guano - lagu mana / macam mana
hapok kohong - bau hampak
hnja - tendang
ho (sebutan bunyi dihidung) - "ya lah.." atau "yes"
honda samah - honda cub 50cc
hungga - berlari
ike kkhonge - ikan cencaru
istek - ladang (asal perkataan Inggeris - estate)
jamah - pegang / sentuh
jatuh celabok - jatuh berteraburan
jebat - bau yang dikeluar oleh binatang untuk menanda kawasannya (contoh: jebat musang) - kepada orang Melaka… maaf lah ya
jebbeng - berjambang
jebeh - mencebek
jebo - botol kaca
jelira - sedap / kena dgn slera
jellaq - tamak / orang kepalaparan dapat makanan
jemba - berjumpa / sua
jemeleh - sembelih (contoh: tak jemeleh ko? = tak sembelih lembu ke? )
jemore - lantai basah, gelegar bulu atau batang pinang - rumah kampung dulu-dulu
jenera - lena
jerkoh - sergah
jjolor - menjulur
jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak itu)
jong kako = tukang angkat hidangan makan / penanggah)
kabil - salah satu teknik mendayung sampan
kaki sbaye - kuku jari kaki yg rosak dan berbau
karya basikal - tempat letak barang di belakang basikal (asal perkataan Inggeris - "carrier")kasut bok = kasut jenis "boot"
kayae - bisanya digunakan untuk tanda kawasan rumput yang nak disabit
kdolok - lawak
kebek - membuka ruang menjadi lebih besar
kecek - pujuk / goda
kekoh - gigit
kelaring - kotor (asal perkataan Inggeris - colouring)
kelong/belong - tipu muslihat
kelorek - kedekut
kenye bboyah - terlalu kenyang
kepek idung = kueh puteri mandi
kereta plek - kereta sewa / teksi
kerlong - greedy / tenong
kesit - sunyi (lonely)
ketik - gigit kecil
ketik ttunga - kurus / kecil serta pucat
ketok bodi - buat / baiki badan kenderaan
kkecek - bercakap
kketei - kantin
klikpah-klikpah - terpinga pinga
kodi - tidak berkualiti
ko'o - ketawa berdekah-dekah
kota - cukai jalan atau insurans (contoh: kreta kawe tak dok kota )
kuca hanya / kuca lana - berteraboran
kuda - sepak
kuk / kok - sekeh
kuning nnehe / llehe - terlalu kuning
kupik - kedekut
lamoke - nanti kan
lari kecik ppala-ppala - lari terlalu laju / lintang pukang
lecah - payau atau becak (contoh: "toksoh lah awe…lecah" maksudnya " tak usah lah ya … payau"
leweh - kurang solid
lipotei - tidak tetap duduk / ke sana ke sini
lobey - gila-gila atau bengong
loleh - tak serious
mahkamah tinggi ayoh kob - mahkamah tinggi high court
main tteri - drama tari pengubatan tradisi
mamba - tok segar / tegar
manih lleting - terlalu manis
mase ppughik - terlalu masam
masin ppeghak - terlalu masin
mek - panggilan manja untuk orang perempuan
merket - pasar (asal perkataan Inggeris - market)
mmeda - buang air besar
mmupo - mandi sungai
mokte - rambutan
ngga - tolol
nghele - menghadiri kenduri
ngidung - sengau
ngusuk - terakhir
nnakut / penakut apah - terlalu penakut
nnate - binatang (kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan)
nnawak - bohong
nneja - pengurus (asal perkataan Inggeris - Manager)
nneting - melantun
nngapo - meracaun
nungei nyor - "somersault" - kadang-kadang dibuat perumpamaan frust nungei nyor (frust somersault la tu!!)
nnusuk - sembunyi (main nnusuk - main hide and seek)
nnyaba - tak kuat
nnyaca - terhuyung hayang nak jatuh
nok ssega angin - metodologi pengubatan cara tarditional contohnya main puteri
nyace - kayu atau besi yang dipacak ke tanah..tambak lembu
nyapong - carut
nyayo - kesian
nyior koter - kelapa tua
pah? - lepas itu?
pahit llepe - lerlalu pahit
pakddahak - tanda silang atau pangkah
papok - bapok / pondan
patat siput - kemahiran (skill) contoh: tak dak patat siput - maknanya tak ada kemahiran
pecah peda - kentut
pekong - baling
pelepong lembu - paru-paru lembu
penampa tawa - penampar percuma
pengah (sebutan bunyi dihidung) - gedik / getik (greedy)
perone - tempat membuang / bakar sampah
perut besar - mengandung
petong - baling
pitu gek - pintu pagar (gate)
plungo - kayu atau besi tajam untuk tambat lembu
pok ko - spesis mengkarung tapi boleh memanjat
pozek - bayar muka (asal perkataan Inggeris - deposit)
ppala bakul - cukai yang dikenakan oleh majlis bandaran ke atas peniaga
ppala bubus - kepala botak
ppatak - paling bawah
ppiyah - ketayap / kopiah
prebet sapu - teksi sapu
prekso - peperiksaan
pungga - baling
putih ssueh - terlalu putih
putung kalong - batang kayu untuk dibaling
ralek - leka
rauk muka - sapu muka
redas - cakap laser / baling
rhoyat - bagitahu / maklumkan
rhukah - panjat
rima - harimau
rizat - keputusan (asal perkataan Inggeris - result)
roba - getah pemadam ( asal perkataan Inggeris - rubber)
sa - satu
sabik - sebab
saing - kawan
saksoba - penyerap hentak (asal perkataan Inggeris - sock absorber)
samah - 50 sen
samah seghia - pendapatan kecil untuk sara anak isteri
saru - serabut
satu sut - berpakaian lengkap
seghia dua = pendapatan kecik untuk sara anak isteri
seh inguh - hembus hingus
selareh - selalu
sele-bele - tak kemas / cuai
sengeleng - sengaja
senyap tipah - tak ada khabar berita
sgeto - kawasan "keras" - ada penunggu
sghia - RM1.00
sia - sembuh dari luka (asal perkataan Inggeris - seal)
sleke - silakan
smaye ssejid - sembahyang di masjid
smeesek - terlalu mudah
smuta - kain lilit kepala
SO ( sebut "es o") - Pegawai ukur (Survey Officer) - Orang Kelantan dulu-dulu panggi SO
sobek - hias
sokmo - sentiasa
sopeh - serpih
ssong - sesuai (tak ssong - tak sesuai)
ssumba - pewarna untuk makanan/minuman
suku - berasingan (bungkus suku - bungkus asing-asing)
supik - beg plastiksupik gelenyar /supik rhokrhak - beg plastik yang nipis
suwih - swis (asal perkataan Inggeris - switch)
tak cakno - tak hirau
tak mmado - tak peduli / tak padan
tak pok - tak cukup cerdik
tak ppaka - tidak terpakai (tak pakka benda - tak menjadi)
tak rak - tak mampu
tanggong - lebih kurang "ssong" - sesuai
tawar heber - terlalu tawar
te (sebutan ikut English - tare) - pusing (asal perkataan Inggeris - turn) contoh : demo te kkiri - awak pusing kiri)
tepoh - langgar
tohok - buang
tok bageh - kepala upaca bbageh
tok ggawa - ketua daerah
tok kerani - kerani di pejabat
tok laki - suami
tok mindok - tukang gesek rebab main tteri atau mok yong
tok nebeng - ketua kampung
tok nngulu - ketua mukim
tok peraih - berniaga kecil-kecilan di pasar
tok ppeti - mufti
tok tteri - kepala upacara main puteritonye - ejek dgn memek muka
ttino - betina / perempuan (oghe ttino kawe = isteri saya)
ttino garik - perempuan jalang ( disebut bila dalam keadaan marah)
ttuyup - pepatung
tubik - keluar
tuke ttesen - tukang tulis / taip petisyen
tunja - tendang
turik - berdesing pendengaran
wa (sebutan bunyi dihidung) - sakit hati, marah
wak nganyi - perli / ejek dgn kata-kata
wok lor - tolol
yak!! - lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"

jangey lupo tinggal komen deh!
(jangan lupa tinggal komen tau)


ARANAFCY : THANKS FOR READING :)